drop your link here :) will visit u allz.

kerana AKU seorang wanita.


kerana aku seorang wanita
aku ingin dihormati selayaknya
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya

kerana aku seorang wanita
aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar
aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana aku seorang wanita
aku sering di perlekehkan
aku sering di sakiti
aku sering di lukai
aku sering di lupakan
aku sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana aku seorang wanita
aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati

hanya...
kerana aku seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai..

thanks for reading, don't forget to click LIKE and leave your comment.okeyh ! =)

10 pengkritik:

mira said...

Assalamualaikum..
buat sndiri ke? indahnya..:)
krana wanita, binasanya adam. suka :)

cikAida said...

@mira
waalaikumsalam!
yup!
buat sendiri :)
tenx ya sebab suke ^_^

apik pehe said...

kerana aku sorang lelaki takder?hehehe

cikAida said...

@apik pehe
hekhekhekk..
takder lagi apik ^_^.
naty kalu ade mase ayda buat pulak kerana aku seorang lelaki k =)

S..U..D..@..I..S said...

terbaekkkk....

cikAida said...

@S..U..D..@..I..S
huhu!
tenkiuu ^_^

Mrs. Farhan said...

Wahhh, kretipnye cik aida. siyesli, saya sgt suka. =)


eh, dtg ni ada tujuan. say atag cik aida kat contest.

JOM la join!!!!!

Lynn Rahman said...

suka! ;)

cikAida said...

@Mrs. Farhan
hehe!
biase2 je la tu yunk!
xde la kretip pown.
membebel di kala kebosanan sumenya jadii. =)

wahh!
naty ayda join k contest tuh.
btw..,tenx for inviting me :)

cikAida said...

@Lynn Rahman
hehe!
tenx yunk!
^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...