Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

drop your link here :) will visit u allz.

surat untuk awak wahai CHENTA !

ASSALAMUALIKUM !

kehadapan kekanda ku yang ku cintai.semoga awak sentiasa berada didalam keadaan sejahtera dan dilimpahi ketenangan dan istirehat yang mencukupi.


awak..
hari ini saya teringin menitipkan sebuah surat untuk awak..
ada suka..ada duka..
yang mewarnai garis-garis kehidupan kita semua..

awak,
saya disini masih mengharapkan kehadiran awak ..
tahukah awak bahawa hari ini saya amat merindui awak..
teringin berbicara dengan awak..
ingin berdua dengan awak..
malahan hati saya tiba-tiba teringin bersandar didada awak yang sering mendamaikan saya bila saya kerinduan pada awak..
ingin awak mendengari apa saja yang saya alami di muka bumi ini..
ingin dimanjakan awak..
tidak ada jarak diantara kita..
bahkan ingin sekali diri awak memaafkan saya di atas segala kesilapan saya..
agar saya bisa bersama awak semula melalui hari-hari yang mendatang..

awak..
betapa resahnya hati saya tanpa awak..
kerinduan yang saya rasai tidak mungkin hilang daripada hidup saya..
tahukah awak nama awak selalu saya sebut disetiap langkah saya..
nama awak adalah nama yang paling indah yang pernah saya kenali..
nama awak sentiasa menjadi ketenangan saya apabila saya menyebutnya dihati saya..
hilang segala keresahan dihati saya..
nama awak membuatkan segumpal daging merah yang bernama hati bergetar, nama awak begitu unik dan indah bukan hanya di pendengaran saya saja, tetapi juga diseluruh darah yang mengalir sempurna didalam diri saya..
bahkan ianya berdetak sempurna bagaikan paluan gendang yang indah dijantung hati saya..

awak..
saya amat mencintai awak..
melebihi apa yang pernah saya cintai..
saya ingin awak tahu bahawa saya ingin terus memperbaiki diri saya agar awak tahu apa yang saya lakukan adalah untuk memperolehi cinta awak kerana saya tahu cinta saya selama ini tidak bertepuk sebelah tangan saja..
saya sanggup mengubah diri saya agar awak terus bersama saya..
tak sanggup bila awak menjauh..
ya..memang baik menjauh dari mendekati ..
kerana bila menjauh, perasaan rindu dan cinta makin bertambah berbanding bila mendekati, ada saja perselisihan yang dialami..
namun, awak saya tidak dapat menjauhkan diri saya dari awak..
kerana diseluruh hati dan diri saya ada awak..
ke mana saja saya pergi, awak juga yang saya bawa pergi..

awak..
kehadiran awak selalu ada dalam helaan nafas saya..
tak sehela pun tanpa awak..
awaklah penghapus rasa rindu saya..
awaklah penawar jiwa saya..
penyejuk mata saya, cahaya akal saya bila saya tidak dapat membuat sesuatu dengan tenang..
awak lah pegubat racun didalam hidup saya..

awak..
jangan tinggalkan saya..
jangan jauhi saya buat masa ini..
jika saya salah..
saya adalah wanita biasa yang adakalanya terlalu mengikut emosi dan perasaan..
tiada yang lebih baik dari yang saya miliki ketika ini selain awak..
tak ada cinta lain, selain awak..

awak..
awaklah yang saya cintai..
awaklah yang saya sayangi..
awaklah yang saya rindui..
saya cintakan awak,..

awak..
saya rindukan awak..
terlalu rindukan awak..
malam ini, saya dihujani rindu pada awak..
air mata saya tiba-tiba rintik tika saya menyebut nama awak..
terlalu rindu pada awak ketika ini..

awak..
maafkan saya diatas kesilapan saya selama ini..
saya perlukan awak didalam kehidupan saya..

yang ikhlas,
yang mencintai awak.



thanks for reading, don't forget to click LIKE and leave your comment.okeyh ! =)

0 pengkritik:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...